Untuk buat blog , kamu perlukan Blog Provider .Jadi, mula-mula, kamu perlu pilih Blog Provider. Ada banyak blog provider malahan kalau ada banyak duit, kamu bolehlah buat blog sendiri dengan laman web sendiri(Blog Provider sendiri) tanpa sebarang kekangan teknikal, tetapi saya andaikan kamu ni nak jimat duit (macam saya) jadi ada banyak cara kamu nak buat blog secara percuma dan antara salah Blog Provider yang percuma dan terkenal adalah www.blogger.com. Jadi, dalam panduan ini, saya hanya akan tunjukkan basic bagaimana untuk membuat blog yang ringkas menggunakan Blogger.
Step 1
Login ke Blogger.
Caranya adalah;
- Tulis www.blogger.com kat address bar.
- Atau lebih mudah lagi, click aje kat hyperlink(tulisan biru) yang saya buat, tapi lepas baca panduan ini sampai habis la .

Dah jumpa screen tu, kita ke step yang seterusnya pulak.
Step 2
log in
Log in bermaksud, kamu daftar masuk. Kamu kena log in untuk masuk ke akaun blog kamu. Dah log in, barulah kamu boleh buat blog. Untuk login, kamu kena ada login akaun dulu. Maksudnya kamu kena daftar dululah. Untuk mendaftar, click pada butang "create a blog" dan ikut arahan seterusnya. Dan kamu kena ada email dulu-lah. Dan lagi satu, kalau kamu ada email dari gmail, contohnya email saya adalah asdacap@gmail.com, kamu boleh login terus pakai login email kamu tetapi hanya untuk perkhidmatan dari Blogger sajalah. Jadi, untuk saya, login saya adalah 'asdacap' dan passwordnya adalah ********(Takkanlah saya nak bagitau) . Dipendekkan cerita, kamu dah ada akaun dan dah boleh login, dan kamu dah login. Bagi yang belum boleh login lagi tu, nantilah saya cerita macam mana nak login dengan mendalam, tapi buat masa ini, saya teruskan sahajalah.
Step 3
Buat blog!
Ini yang ditunggu-tunggu ni! Nak buat blog.
Selepas kamu berjaya login, kamu akan jumpa screen ini:

Ini adalah screen dashboard kamu. Bak kata pepatah, tempat kamu buat kerja. Kat screen ni, ada dua benda yang penting, satu senarai blog, dua, senarai blog yang kamu nak baca.
Sebelum kita buat blog, marilah kita belajar sedikit tentang apa yang dimaksudkan dengan blog. Bagi mereka yang rajin membaca, click di sini. Bagi mereka yang malas membaca, blog secara kasarnya bermaksud web log atau log di internet. Senang kata, blog adalah sejenis laman web yang menfokuskan kepada log-log yang ada tarikh-tarikh dan waktu-waktu. Selalunye blog digunakan untuk memberita tentang perkara yang khusus ataupun sebagai diari.
Ok! dah belajar apa itu blog. Kalau keluar kat SPM boleh jawab ni! Jadi, kita dah belajar apa itu blog, mari kita belajar macam mana nak buat blog. Untuk, itu, saya mintak kamu tekan butang biru besar (seperti yang dalam screenshot) yang tertulis "Create your blog now".
Step 4
Buat blog! ... lagi. Secara lebih terperinci!
Kalau kamu dah tekan butang itu, kamu patut dapat screen ini:
Screen ini, suruh kamu bagi tajuk untuk blog kamu. Kat "blog title" tu, kamu tulislah tajuk blog yang kamu nak buat. Kemudian di "Blog address", kamu tulis alamat blog kamu. Contohnya, blog ini, saya tulis "carabuatblogasdacap". Kamu kena tekan "Check Availability" untuk pastikan address itu tak diambil orang. Contohnya, saya ingat nak letak address "carabuatblog", tapi dah ada yang punya, jadi saya letak asdacap kat belakangnya, tak ada yang punya. Jadi saya yang punyalah!
OK, kita teruskan cerita, kamu pun tekanlah butang "Continue" dan kamu patut dapat screen ini:

Screen ini suruh kamu pilih design-design yang dah disediakan. Bukan kamu tak boleh buat sendiri, tapi bagi mereka yang malas (macam saya) pilihlah design mana pun. Lagipun, untuk design template sendiri, kamu perlu ada sedikit kepakaran.
OK jadi kita pendekkan lagi cerita sebab saya malas nak cerita panjang-panjang, kamu pun dah tekan butang 'continue' dan terjumpa lah pulak screen ini:
Apa nak buat? tekan ajelah butang oren tu. Itu sahaja. Kemudian jumpa screen ini pulak:

Haduh! banyak betul screen yang kita jumpa harini. Hah, inilah antara screen yang paling kompleks sekali. Kat sini, kamu tulislah apa yang kamu nak tulis. Tulis aje macam kat dalam Mirosoft Word. Nak tulis dalam Word lepastu copy paste pun boleh. Nampak tak kat ruangan "labels for this post". Ruangan itu sebenarnya sangat penting. Ia memberitau search engine (google, yahoo, msn, ask) bagaimana untuk mencari blog kamu. Jadi, pastikan kamu tulis macam-macam kat situ. Biar senang sikit nak dicari.
OK lah! kamu dah buat semua, kamu tekan butang publish post dan blog kamu sudah keudara! kamu boleh melayari blog kamu melalui "alamatblogkamu".
SELAMAT MENCUBA!